Welcome to
| Home | Daftar / Login | Forum | KMU Chat | Tadbir |
FaceBook





KELAB BLOGGER
MBA

Login
Nickname

Password

Security Code: Security Code
Type Security Code

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

MYKMU
·Panasss!!! PAS kata HUDUD tak semestinya dilaksanakan….Jom kita guling2 atas jalan…
·Abang gua MB woi
·Hina Allah: Apa pula kata Pakatan Rakyat?
·Pergolakan dalaman DAP dari kes ‘letterhead’
·KJ gagal sepenuhnya sebagai Ketua Pemuda UMNO.
·Sekolah 1Aliran Perlu Disegerakan
·Namewee patut dilucutkan kewarganegaraan!
·Juadah berbuka campur wain
·Lim Guan Eng Sembelih Lembu Korban ? Pas Fitnah Umno
·Satu Kapai Banyak Nakhoda

read more...

IsuHotDotCoM
·Hudud tidak semestinya dilaksana – Pas
·Apabila susu dibalas tuba!
·PAS KELABU ASAP DALAM MEMPERTAHANKAN DAP YANG MASUK KE MASJID
·Khalid Samad Geram dan Kecam Titah Sultan Selangor
·Facebook Menjadi Tempat Islam dicaci
·Kumpulan Gay Mahu Uji Sensitiviti Masyarakat Malaysia
·Nurul Izzah Buta Undang-Undang, Perkara 153 Tidak Boleh Dipertikai
·Doa Khutbah Jumaat Untuk Bukan Islam Berpaksikan Dalil Umum?
·Pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil -Raja Nazrin
·Panas: Orang Pas Sendiri Mencipta Isu Sensasi Demi DAP

read more...

User Info
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
New Today: 32
Latest: wBaksBrooniad
New Yesterday: 33
Overall: 11739

People Online:
Visitors: 158
Members: 35
Total: 193

Online Now:
01: kadiology  
02: paklang  
03: Marbahaya  
04: Anak_Nogori  
05: abang  
06: antiPR  
07: Ash  
08: lady_J  
09: Melayunet  
10: drMpower  
11: pujangga_bangsa  
12: kambingberjanggut  
13: BNPilihanku  
14: soalan2  
15: PAScatunrazak  
16: oVermars  
17: tetamuhariini  
18: mussolini  
19: anaksimpang  
20: chief2206  
21: HeroTamil  
22: AntiTKO  
23: morahan  
24: lidi  
25: abangbotaklicin  
26: megat_komeng  
27: Panglima_Prai  
28: delta_source  
29: enpon  
30: lengcai  
31: fCleaphlalb  
32: ManJoki  
33: FlowerCobe  
34: hajiman  
35: Dura  

TopPosters
   adamyan 
 Posts: 14382 


   Dura 
 Posts: 11879 

   Herotamil 
 Posts: 10617 

   TheChulan 
 Posts: 10517 

   mussolini 
 Posts: 9758 

   antibelit04 
 Posts: 9531 

   fazilogic 
 Posts: 8570 

   ebiet 
 Posts: 8495 

   Randomsee 
 Posts: 8244 

   nordin 
 Posts: 8113 



   Tok-Mudim 
 Posts: 6759 

   Haidi 
 Posts: 6335 


Forum MYKmu Dot Net :: View topic - Hai Anuar Ibrahim ... Ini rupanya kerja engkau ya?
 Forum FAQForum FAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Hai Anuar Ibrahim ... Ini rupanya kerja engkau ya?
Goto page 1, 2, 3, 4, 5  Next
 
Post new topic   Reply to topic    Forum MYKmu Dot Net Forum Index -> Politik Malaysia
View previous topic :: View next topic  
Author Message
bap4k_jin
Panelis VIP
Panelis VIP


Joined: Sep 14, 2004
Posts: 3623

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 10:45 pm    Post subject: Hai Anuar Ibrahim ... Ini rupanya kerja engkau ya? Reply with quote

Anwar to face court soon, says Tun Dr. Mahathir
Malaysian PM says that he has 'incontrovertible proof' of ex-DPM's involvement in homosexuality

By BRENDAN PEREIRA IN KUALA LUMPUR (excerpts)

FORMER deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim will be charged in court for sodomy soon, despite being held under the Internal Security Act (ISA) for instigating and trying to recreate Indonesian-style riots in Kuala Lumpur, said Prime Minister Datuk Seri Dr Tun Dr. Mahathir Mohamad yesterday.

Dr Tun Dr. Mahathir also revealed that allegations of his protege's involvement in homosexuality emerged several years ago when the former Inspector-General of Police Tun Haniff Omar mentioned it. Like many Malaysians today, the Prime Minister said that he thought it ridiculous. Even when the talk resurfaced last year, he dismissed it as an attempt by some people to end Datuk Seri Anwar's career.

But following investigations into the book, 50 Reasons Why Anwar Cannot Be PM, concrete evidence started surfacing. "I had incontrovertible proof that it was true before I believed."

Shifting uncomfortably, he replied: "It is difficult for me to explain. It will be difficult for them to explain. I tell you what the police tell me. They had not only performed sodomy. During the process, he was, I don't know what you call it. He was masturbating masturbating the man.

"Do I go around the town or the world telling that this is what my deputy was doing. This is what the man told the police. This behaviour is despicable."

He said that Datuk Seri Anwar had hoped that the shame felt by his partners would prevent them from speaking up. But his gamble backfired.

Source: The Straits Times (Singapore), 23 September 1998.
Back to top
View user's profile Send private message
bap4k_jin
Panelis VIP
Panelis VIP


Joined: Sep 14, 2004
Posts: 3623

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 10:46 pm    Post subject: Reply with quote

Movement for reform 'a cover-up'
Malaysian Prime Minister Datuk Seri Dr Tun Dr. Mahathir Mohamad held an hour-long press conference at his office yesterday to explain the content of the UMNO Supreme Council meeting on Monday following the arrest of Datuk Seri Anwar Ibrahim BRENDAN PEREIRA attended the question-and-answer session and filed these excerpts:

Q: Many people still do not believe the allegations.

A: It is quite true that a lot of people still believe in him.

And I must say that, even for me, it took me years to believe the allegations against him.

I was told by the former Inspector-General of Police Tun Haniff. I dismissed it as being false.

Then, last year, I was told again. I thought it was being spread out of sheer jealousy against a man who was going to be the leader of the party.

I had incontrovertible proof that it was true before I believed.

But other people cannot very well get the information that I got.

I interviewed the people he sodomised, the women he slept with and the driver who brought the women to the place where he met them.

I told them. Look, if you are being forced into making a confession, tell me. I will protect you. Several of them said that he was not fit to be the prime minister.

Q: Did you tell UMNO leaders what Anwar did so that they can explain?

A: It is difficult for me to explain. And I think it will be difficult for them to explain.

I tell you what the police tells me. They had not only performed sodomy. During the process, he was -- I don't know what you call it -- he was masturbating the man.

Do I go around town or the world telling that this is what my deputy was doing.

I cannot understand how a man can invent a story like that.

This is what the man told the police. This behaviour is despicable. And this is someone who says that other people's behaviour is despicable.

Q: Is it going to be extremely difficult for people in rural areas to believe that Anwar did these things?

A: It is difficult for me to believe. It is difficult for my colleagues to believe. It is definitely very difficult for us to go and tell a whole group of people, including women and children what had happened.

We are a very conservative society, we don't talk about these things.


Source: The Straits Times (Singapore), 23 September 1998.
Back to top
View user's profile Send private message
bap4k_jin
Panelis VIP
Panelis VIP


Joined: Sep 14, 2004
Posts: 3623

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 10:48 pm    Post subject: Reply with quote

Homoseks: Haniff pernah nasihat Anwar
KUALA LUMPUR, Rabu - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Haniff Omar tidak meragui bahawa dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terbabit dalam kegiatan homoseksual, ada kebenarannya.

Malah, beliau pernah memberitahu Anwar supaya berhenti daripada perbuatannya.

Ketika menjadi KPN, Haniff menjelaskan beliau pernah menerima laporan daripada pegawainya mengenai salah laku seks bekas Menteri Kewangan itu.

"Selepas menerima laporan pegawainya, beliau mengarahkan beberapa siasatan lanjut dilakukan sehingga beliau yakin mengenainya.

"Daripada pengalaman lalu, saya tidak meragui mengatakan bahawa tuduhan ke atas Anwar ada kebenarannya.

"Bagi fikiran saya, kes lama yang pernah saya kendalikan ditimbulkan semula dan kini menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita di pejabatnya petang ini.

Sambil mengesahkan beliau pernah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai perkara itu pada 9 Oktober 1993, Haniff berkata pegawainya melaporkan mereka mempunyai bukti menunjukkan kemungkinan besar Anwar terbabit dalam homoseksual.

Berdasarkan laporan pegawai itu, beliau diberitahu Anwar mempunyai hubungan dengan dua individu - seorang pondan dan seorang lagi warga asing, yang beliau percaya sebagai 'tali barut' Anwar.

Menurutnya, memang agak sukar bagi ramai orang mempercayai dakwaan itu tetapi bagi beliau, suatu hari ini nanti perkara yang menyalahi undang-undang itu akan menjadi kenyataan.

"Kes ini membuatkan setiap warga Malaysia berasa sedih kerana ia merosakkan imej negara. Melihat kepada perwatakan Datuk Seri Anwar yang kelihatan segak dan kemas, mempunyai kredibiliti, rangkaian kerja yang terbaik, agak sukar orang ramai percaya tuduhan ke atas beliau," katanya.

Semalam, Dr Tun Dr. Mahathir mendedahkan, beliau pernah dimaklumkan mengenai kegiatan homoseksual Anwar beberapa tahun lalu oleh Haniff yang ketika itu masih Ketua Polis Negara.

Menurut Perdana Menteri, Haniff memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu sebelum bersara. Bagaimanapun beliau menolaknya kerana menganggap ia dakwaan palsu.

Haniff menjelaskan, setelah yakin dengan maklumat yang diterima daripada pegawainya, beliau maklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri supaya beliau berjaga-jaga kerana menterinya (Anwar) kemungkinan berada dalam keadaan yang mudah untuk diperas ugut.

"Sebab itu saya laporkan,; katanya.

"Bagaimanapun ketika itu Perdana Menteri tidak percaya. Perdana Menteri tak cakap banyak, jadi saya tahu sangat, apabila Perdana Menteri tak cakap banyak, saya tahulah dia tak percaya.

"Oleh kerana dia tak percaya, jadi saya tak mahu tekankan lagi. Bagaimanapun, saya minta pegawai polis terus memerhatikan perkara itu. Jika kegiatan itu berkembang lagi, mungkin ia boleh ditaklimatkan lagi kepada Perdana Menteri untuk yakinkan dia.

"Ketika itu, saya menyediakan diri untuk bersara. Memandangkan saya mahu bersara, saya minta pegawai saya memaklumkannya kepada pegawai kanan polis supaya perkara itu terus diawasi," katanya.

Menurut Haniff, dua tiga hari selepas memberitahu Perdana Menteri, beberapa orang Anwar ke pejabatnya untuk memberitahu bahawa Anwar mahu berjumpa dengannya.

"Saya tanya sebab apa? Mereka memberitahu saya sebab yang sensitif inilah. Saya menjangka ketika itu beliau (Anwar) dimaklumkan oleh Perdana Menteri. Saya kata bolehlah.

"Saya bertanya di manakah pertemuan itu dan diberitahu di rumah Anwar selepas Subuh. Saya pergi," katanya tetapi enggan menceritakan dengan lanjut mengenai pertemuan itu.

Yang jelas, kata Haniff, Anwar tahu apa yang beliau tahu.

"Bagaimanapun dia (Anwar) tidak tanya bagaimana saya tahu dan laporkan perkara itu. Dia hanya nak tahu adakah pegawai saya akan peras ugut dia. Saya kata kita bukan berada dalam 'blackmail business' (kegiatan peras ugut).

"Saya ada memberitahu Anwar supaya berhenti daripada kegiatan itu. Anwar (ketika itu) tidak memberikan apa-apa penafian," katanya.

Ditanya adakah satu kebiasaan polis mengawasi menteri atau orang kenamaan, Haniff menegaskan, perkara itu tidak berlaku kerana polis tidak mempunyai tenaga untuk mengawasi mereka.

"Kita mana ada tugas macam itu. Tapi kadang kala ketika bertugas menjaga keselamatan negara atau menyiasat kes jenayah, kita mendapat maklumat sampingan atau bertembung dengan sesuatu yang menimbulkan syak wasangka.

"Jika bertembung dengan keadaan itu, kita akan siasat lebih mendalam," katanya.

Haniff turut mengesahkan, dua pegawai polis dari Bukit Aman menemuinya jam 3 petang ini untuk merakamkan kenyataan beliau berikutan Perdana Menteri menyebut namanya mengenai perkara itu semalam.

"Hanya pada hari ini saya memberi kenyataan kepada polis. Sebabnya kerana Perdana Menteri sebut nama saya sebagai orang yang memberitahu beliau. Polis kena ambil kenyataan saya," katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa polis tidak bersikap adil dalam siasatan terhadap Anwar, beliau berpendapat polis mempunyai banyak maklumat sejak dahulu lagi.

Menurutnya, polis negara ini adalah pasukan yang mementingkan profesionalisme dan dalam kes Anwar, mereka perlu menyiasat.

"Mereka tidak terus membuat penghakiman. Mereka menyiasat dan kemudian hantar kepada Peguam Negara. Lazimnya, beliau (peguam negara) akan meneliti maklumat itu dan memastikan ada bukti pertuduhan yang kuat.

"Pada masa saya, peguam negara ialah Tan Sri Abu Talib Othman. Tiada perkara yang tidak kukuh berkisar di sekeliling. Kita juga melihat kepada kepentingan awam.

"Kita ada membuat perbincangan. Kalau boleh mungkin meneruskan siasatan. Ia bukan saja membabitkan ahli politik tetapi pihak lain yang membabitkan kepentingan negara," katanya.

Source: Berita Harian, 24 September 1998.
Back to top
View user's profile Send private message
bap4k_jin
Panelis VIP
Panelis VIP


Joined: Sep 14, 2004
Posts: 3623

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 10:49 pm    Post subject: Reply with quote

Tuduhan terhadap Anwar
5 tuduhan liwat terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan:


1. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1994 di No. 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Hairany bin Mohd Naffis dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

2. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan Mei 1994 lebih kurang jam 7.45, di Unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Azizan bin Abu Bakar dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

3. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1998, di Kediaman Rasmi Timbalan Menteri di No. 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan dengan bertentangan dengan aturan tabii dengan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

4. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan Mac 1993 di No. 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Munawar Ahmad Aness dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. 5. "Bahawa kamu, pada 3 Disember 1992, antara jam 4.50 petang dan 5.50 petang, di bilik No. 758, di Hotel PJ Hilton, Petaling Jaya, dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mior Abdul Razak Yahya dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.


5 tuduhan rasuah mengikut Seksyen 2(1) Ordinan no 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970:


1. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperolehi pengakuan bertulis daripada Ummi Hafilda Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti yang diarahkan."


2. Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran iaitu, menjawat iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:-

- mengarahkan Mohd Said dan Amir menggesa Ummi Hafilda supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda telah memberi kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997 seperti yang diarahkan.

3. Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbir, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:-

- mengarahkan Mohd Said dan Amir memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Abu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti yang diarahkan.

4. Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997 di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbir, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Mohd Said dan Amir menggesa Azizan Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan telah memberi kenyataan umum bertulis seperti yang diarahkan.

5. Bahawa kamu pada 24 Mei 1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Mohd Azmin Ali, yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a) campur tangan dalam siasatan itu, dan

b) mempengaruhi Datuk Shafee Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes itu bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;

dan dengan perbuatan kamu itu Mohd Azmin telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah.





Hukuman


1. Tuduhan rasuah dibuat mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan Nombor 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

2. Tuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.


Sumber: Berita Harian, Rabu 30 September 1998 dan 6 Oktober 1998.
Back to top
View user's profile Send private message
bap4k_jin
Panelis VIP
Panelis VIP


Joined: Sep 14, 2004
Posts: 3623

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 10:51 pm    Post subject: Reply with quote

Hakim bimbang saksi diganggu
KUALA LUMPUR, Khamis - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibebaskan dengan ikat jamin atas tuduhan rasuah dan meliwat kerana pembebasannya boleh membahayakan saksi dalam kes itu diganggu.

Hakim Datuk S Augustine Paul berkata, soal saksi diganggu dalam kes itu adalah penting, berdasarkan kepada keadaan dan beratnya tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar.

Katanya, tuduhan mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan Nombor 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 yang dihadapi Anwar mempunyai kaitan dengan dakwaan saksi diganggu walaupun kebenarannya diputuskan di akhir perbicaraan.

"Oleh itu, saya berpuas hati bahawa ada kemungkinan saksi akan diganggu dalam kes ini dan ia menguatkan lagi alasan untuk saya tidak membebaskan tertuduh (Anwar) dengan ikat jamin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam alasan penghakimannya berhubung keputusannya menolak permohonan Anwar untuk dibebaskan dengan ikat jamin pada 5 Oktober lalu.

Alasan penghakiman itu ditulis dalam bahasa Inggeris pada 21 Oktober lalu dan setebal 21 muka surat diperolehi daripada kamar hakim berkenaan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Augustine, hujah pendakwa bahawa saksi akan diganggu jika Anwar dibebaskan dengan ikat jamin mempunyai asas.

"Saya juga mengambil kira beratnya kesalahan yang dilakukan oleh Anwar dalam tuduhan itu dan hukuman dalam tuduhan itu adalah berat.

"Tuduhan mengikut Ordinan Nombor 22 yang dihadapi oleh tertuduh adalah teras kepada pentadbiran keadilan. Kesalahan mengikut tuduhan itu menarik perhatian ramai berdasarkan kepada kedudukan Anwar," katanya.

Menurutnya, peguam bela Anwar berhujah bahawa tertuduh tidak mungkin akan mengganggu saksi pendakwa kerana mereka adalah pegawai tinggi polis dan Ketua Pengarah Badan Pencengah Rasuah (BPR).

Bagaimanapun, katanya, pembela gagal mengambil kira ada saksi pendakwa yang kedudukan mereka lebih rendah daripada pegawai polis dan BPR.

Katanya, pendakwa pula mendakwa kemungkinan besar saksi akan diganggu dan mengemukakan laporan polis yang dibuat oleh bakal saksi yang mereka diganggu.

Augustine berkata, mahkamah berpendapat bahawa dakwaan mengganggu saksi adalah perkara yang serius di dalam permohonan untuk mendapat ikat jamin.

Sehubungan itu, katanya, walaupun laporan polis itu tidak dibuat terhadap Anwar, yang penting dalam kes itu saksi diganggu.

Anwar menghadapi empat tuduhan rasuah yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Empat tuduhan rasuah ke atas Anwar itu, yang didakwa dilakukan ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ialah:

* Mengarahkan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd Said Awang dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amir Junus, memperolehi pengakuan bertulis daripada Ummi Hafilda Ali untuk menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukannya bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan jenayah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 12 hingga 18 Ogos 1997 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, nombor 47, Jalan Damansara di sini. Akibatnya, Ummi Hafilda memberi pengakuan bertulis kepada Perdana Menteri pada 18 Ogos tahun lalu seperti yang diarahkan.

* Mengarah Mohd Said dan Amir memperolehi pengakuan bertulis daripada Umi Hafilda untuk menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukannya bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan jenayah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 27 Ogos 1997 di tempat yang sama. Akibatnya, Ummi Hafilda memberi kenyataan itu pada 29 Ogos 1997 seperti diarahkan.

* Mengarah Mohd Said dan Amir memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Abu Bakar untuk menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukannya bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan jenayah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 12 hingga 18 Ogos 1997 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, nombor 47, Jalan Damansara di sini. Akibatnya, Azizan memberi pengakuan bertulis kepada Perdana Menteri pada 18 Ogos tahun lalu seperti diarahkan.

* Mengarah Mohd Said dan Amir memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan untuk menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukannya bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan jenayah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 27 Ogos 1997 di tempat yang sama. Akibatnya, Azizan memberi kenyataan itu seperti diarahkan.

Perbicaraan empat kes itu berjalan serentak selepas mahkamah membenarkan permohonan pendakwa supaya ia diadakan sedemikian.

Mahkamah belum lagi menetapkan perbicaraan terhadap Anwar membabitkan kes satu tuduhan rasuah dan lima tuduhan meliwat.



Sumnber: Berita Harian 30 Oktober 1998.
Back to top
View user's profile Send private message
bap4k_jin
Panelis VIP
Panelis VIP


Joined: Sep 14, 2004
Posts: 3623

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 10:52 pm    Post subject: Reply with quote

Mahkamah jadi penentu kes Anwar
Minda Pengarang

BEKAS Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar kelmarin membuat kenyataan berhubung pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kegiatan homoseks. Haniff berbuat demikian kerana namanya disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai salah seorang yang pernah mengadu kepadanya berhubung perilaku Anwar. Haniff yang sudah agak lama bersara dan tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan dalam kerajaan, tidak dapat lagi menyembunyikan maklumat yang diperolehi hasil siasatan pegawai-pegawainya ketika masih berkhidmat, kerana ia menjadi tuntutan dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, sebagaimana moto perjuangannya dalam perkhidmatan. Haniff bolehlah dianggap sebagai orang yang berkecuali dan tidak menyimpan sebarang motif politik terhadap Anwar. Beliau mambangkitkan perkara itu kerana kes yang pernah disiasatnya dahulu timbul semula dan menjadi tanggungjawabnya untuk membantu pihak berkuasa.

Ketika mula-mula menerima laporan mengenai perilaku Anwar, Haniff tidak menerima bulat-bulat maklumat yang diterimanya. Disebabkan ia adalah sebahagian daripada amalan tugasnya, beliau mengarahkan siasatan rapi dijalankan walaupun ia membabitkan seorang menteri kanan. Ketika itu Anwar ialah Menteri Kewangan. Haniff tentunya mengambil risiko yang tinggi untuk menjalankan siasatan terhadap seorang menteri yang menjadi harapan Perdana Menteri. Memaklumkan perbuatan Anwar kepada Dr Tun Dr. Mahathir juga adalah satu tugas yang berat kerana beliau pastinya sedar jika maklumat yang disampaikannya tidak benar atau meragukan, Dr Tun Dr. Mahathir mungkin boleh mengenakan tindakan ke atasnya. Apakah kita yakin seorang Ketua Polis Negara sanggup membuat fitnah?

Haniff, sebagai seorang tokoh yang dihormati dan mempunyai kewibawaan diri yang tinggi, tentulah membuat kenyataan mengenai Anwar dengan rasa penuh tanggungjawab. Beliau tidak boleh mengada-adakan cerita tanpa asas yang kukuh kerana sedar beliau pada bila-bila masa akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Mampukah Haniff menafikan di mahkamah kelak yang Anwar pernah memanggilnya pada suatu hari selepas waktu subuh untuk bertanyakan sesuatu perkara yang sensitif, jika pertemuan itu sebenarnya tidak wujud?

Beberapa hari sebelum itu, iaitu pada 9 Oktober 1993, Haniff memberitahu Dr Tun Dr. Mahathir mengenai kegiatan homoseksual Anwar. Sanggupkah Haniff menafikan bahawa beliau pernah menasihati Anwar supaya memberhentikan perbuatannya. Haniff nampaknya begitu berani mempertahankan hujahnya kerana pertemuannya dengan Anwar memang wujud dan beliau sendiri memang pernah menasihati Anwar. Haniff tentunya tidak mereka-reka hasil siasatannya kerana ia boleh dibuktikan dengan memanggil pegawai-pegawai yang terbabit dalam tugas menyiasat Anwar.

Mampukah pula Anwar menafikan bahawa beliau pernah bertanya kepada Haniff sama ada pegawai polis akan memeras ugutnya? Nampaknya persoalan utama kepada Anwar ketika itu bukan menafikan tuduhan tetapi kemungkinan maklumat itu digunakan polis untuk memeras ugutnya. Persoalannya kenapakah Anwar bersikap demikian?

Atas kedudukannya yang tidak lagi memegang jawatan penting dalam kerajaan, Haniff bolehlah dianggap sebagai orang yang berkecuali berhubung isu perilaku seks Anwar. Namun, sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan yang membabitkan tugas keamanan dan ketenteraman awam, beliau pastinya bimbang dengan keselamatan negara. Atas alasan ini jugalah beliau menolak kemungkinan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Polis bertindak berdasarkan bukti, bukan berasaskan andaian. Sebagaimana yang dinyatakannya, beliau terpaksa memberitahu Dr Tun Dr. Mahathir perlakuan Anwar itu kerana bimbang Anwar boleh terdedah kepada kemungkinan ia diperas ugut dan boleh pula membawa negara kepada keadaan yang mencurigakan.

Seandainya rahsia perbuatan Anwar diketahui oleh pihak yang berniat jahat, mereka akan menggunakan maklumat dan bukti yang ada untuk membuat pelbagai tuntutan yang tidak munasabah sama ada dari dalam atau luar negara. Tuntutan dari dalam mungkin bersangkutan soal politik dan perniagaan dan sudah tentu membabitkan rakyat.

Tuntutan dari luar pula mungkin menyebabkan beliau tidak boleh lagi 'bersuara' dan tidak bermaya untuk memperjuangkan hak dan kepentingan negara. Orang yang berada dalam keadaan 'dicucuk hidung' biasanya akan mengikut apa saja yang diarahkan kepadanya. Jika cuba membantah, rahsianya akan terbongkar. Dari segi keselamatan, perkara inilah yang paling ditakuti.

Apa pun, Anwar akan diberi peluang untuk mempertahankan dirinya di mahkamah. Sudah tentulah banyak persoalan yang perlu dijawabnya.



Source: Berita Harian, 25 September 1998.
Back to top
View user's profile Send private message
begCD
Panelis VIP
Panelis VIP


Joined: Dec 11, 2007
Posts: 4978
Location: gerai KARIPAP

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 10:54 pm    Post subject: Reply with quote

NANTI ADA LAA PNJILAT JUBUR ANWAR REPLY SURUH TUNJUK BUKTI...

AKU RASA KALAU TUN NAK BETUL-BETUL BUAT ANWAR BREHIM MALU BESAR... DENGAN SENANG AJE TUN BOLEH DEDAHKAN BUKTI YANG PADA AWALNYA DI SAMPAIKAN OLEH BEKAS KETUA POLIS NEGARA TUN HANIF OMAR

AKU RASA DAH TIBA MASANYA TUN DEDAHKAN MAKLUMAT AWAL TU KEPADA UMUM SUPAYA RIWAYAT POLITIK SI ANWAR BREHIM NI MAMPOS UNTUK SELAMANYA..
Back to top
View user's profile Send private message
bap4k_jin
Panelis VIP
Panelis VIP


Joined: Sep 14, 2004
Posts: 3623

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 10:54 pm    Post subject: Reply with quote

Pakatan Anwar-media asing burukkan Malaysia
Oleh A Kadir Jasin

KALAU anda seorang rakyat British, cintakan Ratu Elizabeth dan membaca akhbar The Independent pada 22 September, anda tentu bimbang keselamatan Baginda.

Betapa tidaknya. Tajuk berita akhbar itu menjerit 'Queen caught in Malaysia chaos' (Queen terperangkap dalam huru-hara Malaysia).

Tetapi kalau anda seorang rakyat Malaysia dan tinggal di Kuala Lumpur, kemungkinannya anda tidak membaca akhbar British itu. Sekiranya anda terbaca, anda tentu hairan huru-hara apa yang dimaksudkannya.

Kata akhbar itu lagi, penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu menyebabkan tunjuk perasaan besar berlaku di Kuala Lumpur.

Yang kita tahu, tunjuk perasaan dan perarakan haram Ahad lalu berlaku atas hasutan Anwar dan rakan-rakannya. Hanya selepas penunjuk perasaan merusuh barulah Anwar ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kalau anda rakyat British, membaca pula akhbar The Times, anda pasti membatalkan sebarang rancangan melancong Malaysia.

Apa tidaknya kerana menurut akhbar itu 'Malaysia in turmoil as Government cracks down on dissenters' (Malaysia kucar-kacir ekoran tindakan Kerajaan terhadap penentang).

Dan kalau anda seorang rakyat Amerika pula dan membaca akhbar The New York Times, anda tentu berasa lega kerana rupa-rupa Presiden Clinton tidaklah seburuk yang anda fikirkan.

Menurut akhbar yang dikatakan sangat berpengaruh itu, seorang 'pemimpin pembangkang terkemuka di Malaysia dipenjarakan akibat kes seks'. Melaporkan dari Kuala Lumpur, The New York Times berkata 'Top opposition leader in Malaysia is jailed in sex case'.

Presiden anda yang mengaku melakukan hubungan seks luar biasa dengan seorang pelatih Rumah Putih bernama Monica Lewinsky dan cuba berbohong mengenainya belum dipenjarakan.

Malah beliau masih memegang jawatan dan besar kemungkinan tidak akan dipenjarakan. Paling teruk beliau dilucutkan jawatan.

Kalau anda bukan pakar mengenai politik Malaysia, anda tentu percaya bahawa Anwar adalah 'top opposition leader' (pemimpin pembangkang terkemuka).

Tetapi bagi rakyat Malaysia, sehingga tiga minggu lalu Anwar berupa orang kerajaan yang paling hampir dengan puncak kuasa. Dan dia juga pemimpin kerajaan Malaysia yang paling ghairah dengan kuasa dan paling bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

Boleh jadi juga kepada The New York Times, sesiapa juga yang menentang kerajaan, khususnya Datuk Seri Dr Tun Dr. Mahathir Mohamad, adalah 'pemimpin pembangkang terkemuka'.

Radio dan televisyen asing pun begitu juga. Kalau anda tidak kenal siapa Anwar sebenarnya dan anda menonton CNBC, anda pasti beranggapan beliau tidak terbabit langsung dengan perlaksanaan projek besar di negara ini kerana beliau menentangnya.

Tetapi hakikatnya lain sekali. Anwar bukan saja mengawal projek-projek ini sebagai Menteri Kewangan, tetapi mengambil bahagian cergas menentukan siapa dapat dan tidak dapat kontraknya. Beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai pembangunan KLIA.

Walaupun beliau memberitahu CNBC sebelum ditahan yang beliau menentang projek-projek besar, tetapi rakan dan syarikat yang rapat dengan beliau adalah antara yang mendapat kontrak projek ini.

Misalnya beliau mementang projek Linear City di Kuala Lumpur, tetapi pengerusi syarikat yang memiliki projek itu ialah Datuk Kamaruddin Jaafar, pengerusi Institut Kajian Dasar (IKD) dan orang kanan Anwar.

Anwar kritik Putrajaya dan Cyberjaya, tetapi antara syarikat yang mendapat kontrak membina projek-projek itu adalah syarikat yang sangat rapat dengannya seperti MRCB dan Hong Leong Properties.

Malangnya, inilah tanggapan yang anda akan perolehi jikalau anda membaca akhbar atau menonton televisyen Barat.

Anda pasti membuat kesimpulan bahawa Malaysia kucar-kacir, Dr Tun Dr. Mahathir diktator, Anwar Ibrahim sebersih kain putih tetapi mungkin disuntik virus HIV, dasar ekonomi Malaysia bolos, polisnya kejam dan nyawa Ratu Elizabeth terancam.

Hakikat bahawa Malaysia gemilang sebagai tuan rumah kepada puluhan ribu ahli dan peminat sukan yang menyertai Sukan Komanwel keenam belas bukan berita besar kerana tidak ada peristiwa buruk berlaku di sana.

Selain media massa asing, kita mengucapkan terima kasih kepada Anwar dan pengikutnya kerana menggambarkan Malaysia sebagai negara kucar-kacir, huru-hara dan paling tidak selamat di dunia, hatta kepada Ratu Elizabeth yang dikawal rapi itu.

Bukan itu saja, kalau anda membaca The New York Times, anda juga sudah diberitahu bahawa 'Dr Tun Dr. Mahathir has lost the people's support' (Dr Tun Dr. Mahathir sudah hilang sokongan rakyat) dan 'The time has come for him to step down' (Masa sudah tiba bagi beliau meletakkan jawatan).

Dan apakah dosa paling besar Anwar seperti dilaporkan oleh The New York Times?

Menurut laporan akhbar itu pada 22 September, Anwar memberitahu pengikut dan pendengarnya begini: "My greatest sin was to challenge Dr Tun Dr. Mahathir. He's old. He's senile." (Dosa saya yang paling besar ialah mencabar Dr Tun Dr. Mahathir. Dia tua. Dia nyanyuk).

Walaupun anda mungkin bukan seorang Islam, anda tentu tahu bahawa mencabar Dr Tun Dr. Mahathir atau mana-mana pemimpin politik bukanlah satu dosa lebih-lebih pula satu dosa besar. Kalau mencabar saingan politik satu dosa, maka Anwar adalah antara ahli politik Malaysia yang paling banyak dosa.

Dia sering naik dengan mencabar orang lain, bermula dengan Datuk Suhaimi Kamaruddin untuk jawatan Ketua Pemuda pada 1982 dan paling akhir Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1993.

Kalau anda bukan Islam dan hendak tahu apakah dosa besar dalam Islam, jawapannya ialah zina, makan harta anak yatim, makan riba, bercakap bohong, main judi, mencuri, membunuh dan sebagainya. Mencabar Dr Tun Dr. Mahathir tidak termasuk dalam dosa besar.

The New York Times kata Anwar belum dimasukkan ke penjara kerana kes seks. Salah. Macam mana Anwar dimasukkan ke penjara atas tuduhan seks sedangkan beliau belum lagi dihadapkan ke mahkamah?

Anwar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengepalai perhimpunan dan perarakan haram yang mengancam keselamatan negara. Dan nama Ketua Polis Malaysia pula bukanlah Abdul Raheem Noor seperti yang dilaporkan oleh The New York Times, tetapi Abdul Rahim.

Oh ya, kalau anda berpendapat kami rakyat Malaysia memanggil pemimpin kami dengan pelbagai nama kurang sopan seperti 'chief Tarzan' (ketua Tarzan), anda silap.

Perbuatan begini jarang sekali berlaku. Hanya Anwar, seperti laporan The New York Times, memanggil Dr Tun Dr. Mahathir 'ketua Tarzan', Malaysia dan sahabat Dr Tun Dr. Mahathir 'apes and elephants' (monyet dan gajah).

Dan jika anda terpengaruh dengan ulasan The New York Times bahawa Anwar terkenal sebagai seorang alim dan menjalani hidup yang bersih, banyak rakyat Malaysia pun beranggapan demikian sehinggalah tuduhan salah laku seks terhadap beliau muncul pada Ogos 1997.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam memang menghormati orang yang mengimamkan sembahyang, baca khutbah Jumaat dan beri selawat yang panjang dalam bahasa Arab.

Kes Presiden Clinton pun begitu juga. Apabila berita mengenai skandal seks beliau mula sampai ke Malaysia, banyak orang berasa susah hendak percaya. Masakan seorang presiden yang kerap bercakap mengenai nilai kekeluargaan, moral dan setiap Ahad pergi ke gereja boleh mengadakan hubungan seks yang sangat luar biasa dengan pelatih tanpa gaji di dalam pejabatnya sendiri.

Secara kebetulan, pejabat Presiden Amerika iaitu 'White House' (Rumah Putih) adalah juga tempat kediaman rasmi beliau dan keluarganya. Dalam erti kata yang lain, Clinton menjalin hubungan seks dengan Lewinsky di dalam rumahnya sendiri.

Tetapi apabila ditekan dan disoal oleh Peguam Bebas Kenneth Starr, Clinton akhirnya mengaku dia mengadakan hubungan seks dengan Lewinsky dan meminta maaf kepada rakyat kerana berbohong. Apatah lagi dia berbohong dalam sumpah.

Sekarang Clinton menghadapi kemungkinan dipecat dan soal-jawabnya dengan Suruhanjaya Penyiasatan Bebas Starr sudah jadi 'bahan lucah' Internet dan tajuk senda gurau pertunjukan lewat malam stesen televisyen.

Dan apakah tujuan The Guardian dalam laporannya semalam berulang kali menyebut nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, sebagai 'General Rahim'? Tujuannya ialah menggambarkan Malaysia sebagai negara tentera (military state).

Kecenderungan The New York Times, The Times of London, The Independent, The Guardian dan CNBC melihat isu Anwar sebagai isu politik dan bukan akhlak tidak menghairankan.

Sejak menyertai UMNO pada 1982 dan mara dengan pantas dalam kerajaan dan parti, Anwar telah mengubah perwatakannya daripada seorang pemimpin belia Islam yang radikal kepada seorang pemimpin negara yang liberal.

Beliau sangat pandai mengubah dan menyesuaikan sikap dan pandangannya dengan keadaan dan khalayak. Beliau memberikan apa yang dikehendaki dan disukai khalayak.

Sejak menjadi Menteri Kewangan dan kemudian Timbalan Perdana Menteri, tumpuan 'public relations' beliau ialah media massa asing sehingga ada wartawan tempatan yang berasa mereka dianak-tirikan.

Beliau melantik beberapa petugas khas dari kalangan wartawan tempatan dan cendekiawan asing untuk membentuk dan menggilapkan imej beliau di kalangan wartawan dan pengarang media Barat, khasnya di Amerika Syarikat.

Pada mulanya mereka memperkenalkan beliau kepada media massa asing sebagai orang yang bakal mewarisi jawatan Perdana Menteri daripada Dr Tun Dr. Mahathir, tetapi sejak krisis ekonomi melanda setahun lalu, mereka secara terbuka menonjolkan beliau sebagai alternatif kepada Dr Tun Dr. Mahathir.

Jadi tidak hairanlah apabila Anwar dipecat daripada Kabinet, media massa asing secara spontan menerima dakwaan bahawa beliau adalah mangsa pakatan jahat, dan menyerang Dr Tun Dr. Mahathir habis-habisan.

Kecuali beberapa orang wartawan dan penerbitan asing yang berkecuali, majoriti yang lain mengambil kesempatan daripada krisis peribadi Anwar untuk membelasah Dr Tun Dr. Mahathir dan Kerajaan Malaysia.

Bagi mereka pucuk dicita ulam mendatang. Mereka sememangnya kurang senang dengan Dr Tun Dr. Mahathir kerana beliau bukan saja tidak berusaha mendampingi dan memujuk media massa asing, sebaliknya kerap mengkritik mereka secara terbuka dan tajam.

Manakala kita mungkin tidak boleh menghalang media massa asing membuat laporan negatif mengenai negara kita dan menghina pemimpin kita, yang menyedihkan ialah adanya rakyat kita sendiri yang bersekongkol dengan mereka.

Kita perlu mengenali siapa mereka, siapa majikan mereka dan apa pula taktik yang mereka gunakan sehingga begitu banyak wartawan dan pengarang asing makan di tangan mereka dan mencela negara kita.

Buat sementara waktu ini, jelaslah imej negara kita agak buruk kerana pandangan dunia telah dipesongkan oleh media massa asing yang berat sebelah dalam laporan mereka.

Mereka tidak ketandusan modal untuk mencaci-cerca negara kita kerana ada rakyat negara ini yang sedia menjadi tali barut mereka.

Dan kita hairan mengapa media massa Barat dan sesetengah Kerajaan mereka begitu hebat mempertahankan Anwar. Apakah ada sesuatu mengenai beliau yang mereka tahu dan boleh pegang sebagai 'kunci' maka mereka begitu berat melepaskannya?



Source: Berita Harian, 26 September 1998.
Back to top
View user's profile Send private message
bap4k_jin
Panelis VIP
Panelis VIP


Joined: Sep 14, 2004
Posts: 3623

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 10:57 pm    Post subject: Reply with quote

Tujuh saksi beri pernyataan
BERIKUT ialah sebahagian kandungan empat afidavit jawapan pendakwaan berhubung permohonan Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum Corporation, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai dari lokap polis Bukit Aman ke Penjara Sungai Buloh.

Afidavit Senior Assisten Komisioner II Musa Hassan, Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

SAYA adalah Penyelia Pegawai Penyiasat yang menyelia siasatan berkaitan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM dan telah mengarahkan siasatan dilakukan berkaitan buku itu setelah menerima empat laporan polis yang dibuat oleh penama berikut:

- Abu Bakar Md Ahmad, peniaga.

- Abd Zarin Mohd Yasin, peniaga.

- Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri.

- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri.

Kesemua laporan ini saya kelaskan untuk tujuan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah jenayah. Afidavit Nallakaruppan a/l Solaimalai yang diikrarkan pada 25 Ogos 1998 telah dirujuk kepada saya dan saya membacanya serta memahami isi kandungan afidavit itu. Saya menafikan bahawa penyiasatan polis dalam kes ini dibuat dengan niat jahat (malice), salah guna proses dan mala fides.

Saya ingin menegaskan bahawa siasatan kes ini dan soal-siasat yang dijalankan terhadap Nallakaruppan melibatkan kepentingan keselamatan serta kesejahteraan negara. Siasatan telah dan sedang dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang negara.

Di dalam menjalankan siasatan kes ini, selain memperolehi keterangan saksi-saksi, keterangan dokumentar, keterangan menyokong dan keterangan forensik, di antara lain, seramai tujuh orang saksi telah memberi pernyataan (bertulis) kepada polis seperti berikut:

* Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah dilakukan di beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen, Tivoli Villa di Bangsar. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah seorang pengarahnya yang mempunyai akses ke atas apartmen tersebut.

* Seorang saksi telah memberi kenyataan bahawa dia mengesyaki kakak iparnya menjalinkan hubungan seks dengan Datuk Seri Anwar dan perbuatan tersebut dilakukan di apartmen Tivoli Villa.

* Bekas pemandu peribadi Nallakaruppan dalam kenyataannya menyatakan bahawa dia pernah membawa Datuk Seri Anwar bersama Nallakaruppan pergi ke tempat tertentu untuk perkhidmatan seks haram. Dia pernah ditugaskan oleh Nallakaruppan untuk pergi mengambil perempuan-perempuan berbangsa Cina, Mexican, Eurasian dan lain-lain bangsa untuk kegiatan seks haram. Pernah pada satu ketika, selepas balik dari apartmen Tivoli Villa, saksi ini memandu kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar bersama Nallakaruppan dan seorang wanita yang mana Datuk Seri Anwar dilihat memakai rambut palsu.

* Seorang saksi yang terlibat dalam pembekalan perempuan-perempuan bagi maksud pelacuran menyatakan bahawa Nallakaruppan pernah menghubunginya untuk mendapatkan khidmat seks haram. Saksi ini menyatakan dia juga beberapa kali telah membekalkan kepada Nallakaruppan perempuan-perempuan tersebut.

* Seorang saksi wanita menyatakan bahawa Nallakaruppan telah memperkenalkannya kepada Datuk Seri Anwar semasa di dalam kereta. Kemudiannya mereka bertiga telah pergi ke apartment Tivoli Villa. Di sebuah bilik di dalam apartmen tersebut saksi ini menyatakan dia telah dicabul kehormatannya dan dia juga menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar telah merayu-rayu kepadanya untuk mengadakan hubungan seks tetapi dia telah menolaknya. Sewaktu kejadian ini berlaku Nallakaruppan berada di apartmen tersebut.

* Seorang lagi saksi wanita menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nallakaruppan ke sebuah banglo dan diperkenalkan kepada Datuk Seri Anwar. Saksi ini menyatakan dia diminta masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya Datuk Seri Anwar telah masuk ke bilik tersebut lalu mencium dan menghempapnya sambil memeluknya. Namun dia tidak menyerahkan dirinya untuk hubungan seks. Untuk mengelakkan dirinya daripada keadaan tersebut dia telah membuat helah yang dia di dalam keadaan haid.

* Seorang lagi saksi wanita yang bekerja di sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah salah seorang Pengarah syarikat tersebut, menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nallakaruppan ke apartmen Tivoli Villa dengan kereta yang dipandu sendiri oleh Nallakaruppan. Di apartmen tersebut dia telah terperanjat apabila ditemukan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka telah mengadakan hubungan seks. Setelah selesai mengadakan hubungan seks dengan Datuk Seri Anwar saksi ini menyatakan bahawa mereka telah berbincang tentang hal ehwal politik negara. Nallakaruppan telah memberi saksi ini RM350.00.

* Pihak polis juga mempunyai keterangan bahawa Nallakaruppan ada memberi wang tunai berjumlah RM60 juta kepada Datuk Seri Anwar semasa pilihan raya umum tahun 1995.

* Terdapat juga keterangan yang menunjukkan Nallakaruppan telah mengalihkan aktiviti-aktivitinya ke sebuah apartmen di Impiana Court, Ampang, Selangor selepas siasatan pertama yang dijalankan berkaitan surat layang terhadap Skandal Seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos 1997. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur di mana dia merupakan seorang dari Pengarahnya. Kegiatan-kegiatan seks haram ini masih berterusan walaupun siasatan polis telah dimulakan.

Sewaktu pihak polis menjalankan siasatan, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli koporat yang mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar cuba memikat isterinya ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Datuk Seri Anwar ke Washington. Dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak polis adalah terbukti Nallakaruappan juga terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat tersebut.

Pihak polis juga mempunyai maklumat bahawa Nallakaruppan sering mengikuti Datuk Seri Anwar ke luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah di mana membolehkan Datuk Seri Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat luar negara yang boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara. Pada 31 Ogos 98 jam 4.30 petang saya telah pergi ke rumah Nallakaruppan untuk membuat pemeriksaan kerana keterangan menunjukkan bahawa dia adalah terlibat dengan siasatan kes 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Saya telah menjumpai antara lain barang-barang bukti seperti berikut:

- 125 butir peluru jenis Fiocchi 6.35 mm

- 150 butir peluru .38 special

- 96 butir peluru 12 bore

- Sepucuk pistol .38 Smith & Wesson

- Surat-surat asal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti berikut:

i) Surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama Bursa Saham, Kuala Lumpur.

ii) Surat asal daripada sebuah syarikat awam memohon untuk membeli saham yang disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur.

iii) Surat asal peribadi yang ditulis tangan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

iv) Lima surat-surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur, yang dialamatkan kepada Kementerian Kewangan memohon projek-projek Kerajaan.

v) Surat terkelas daripada Pegawai Kementerian Kewangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

* Wang tunai bercampur-campur yang dijumpai dalam mata wang Pound Sterling, US Dollar, Singapore Dollar dan Ringgit Malaysia berjumlah lebih kurang RM 2 juta.

Saya ingin menegaskan bahawa kes ini boleh menggugat keselamatan negara sekiranya tidak disiasat dengan teliti dan menyeluruh serta tanpa 'fear or favour' di atas sebab-sebab berikut:

* Pemohon dipercayai mempunyai maklumat yang melibatkan seorang pemimpin tertinggi negara iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

* Berdasarkan bahawa pemohon sering menuruti sama Datuk Seri Anwar dalam menjalankan tugas-tugasnya di luar negara, adalah dikhuatiri bahawa kegiatannya boleh dieksploitasikan oleh anasir-anasir jahat di dalam dan di luar negara yang ingin menjejaskan keselamatan negara.

* Kegiatan-kegiatan pemohon dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mendedahkan pemimpin negara tersebut diperas ugut bagi kepentingan anasir-anasir jahat di dalam dan di luar negara yang akan memudaratkan keselamatan negara.

* Sepanjang penyiasatan kes ini terdapat beberapa saksi telah diugut oleh orang-orang tertentu manakala seorang saksi lain diancam nyawanya.

* Pemohon dipercayai mempunyai akses kepada rahsia negara melalui Datuk Seri Anwar dan memungkinkan dia membocor rahsia negara.


Source: Berita Harian, Jumaat 4 September 1998.
Back to top
View user's profile Send private message
ahads
Panelis Senior
Panelis Senior


Joined: Aug 14, 2006
Posts: 670
Location: pusat tahanan simpang renggam

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 11:02 pm    Post subject: Reply with quote

berita lama.dan makhamah gagal mendakwa beliau untuk kes ni.
Back to top
View user's profile Send private message
begCD
Panelis VIP
Panelis VIP


Joined: Dec 11, 2007
Posts: 4978
Location: gerai KARIPAP

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 11:28 pm    Post subject: Reply with quote

ahads wrote:
berita lama.dan makhamah gagal mendakwa beliau untuk kes ni.


ATAS BELAS IHSAN SI PAK BEDOLAH DIA BEBAS... BUKAN MAHKAMAH GAGAL
TAK PERCAYA....?

MEH PAKSA SI BEDOLAH BEDAWI TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA
Back to top
View user's profile Send private message
mr_nazriey
Panelis Eksekutif
Panelis Eksekutif


Joined: May 14, 2006
Posts: 1191

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 11:38 pm    Post subject: Reply with quote

ahads wrote:
berita lama.dan makhamah gagal mendakwa beliau untuk kes ni.


"We find evidence to confirm that the appellants (Anwar Ibrahim and Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."
-Datuk Tengku Maimon Tuan Mat -


Laughing Laughing Laughing
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
loqlaq
Panelis Eksekutif
Panelis Eksekutif


Joined: Apr 25, 2007
Posts: 1910

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 11:42 pm    Post subject: Reply with quote

mia hahaha... takder modal dah ler bebudak UMNO kmu ni agaknya... cet pooorahh... pemuja tun
Back to top
View user's profile Send private message
azrine
Panelis Senior
Panelis Senior


Joined: Aug 17, 2006
Posts: 776

PostPosted: Sun Jan 20, 2008 1:01 am    Post subject: Reply with quote

begCD wrote:
NANTI ADA LAA PNJILAT JUBUR ANWAR REPLY SURUH TUNJUK BUKTI...

AKU RASA KALAU TUN NAK BETUL-BETUL BUAT ANWAR BREHIM MALU BESAR... DENGAN SENANG AJE TUN BOLEH DEDAHKAN BUKTI YANG PADA AWALNYA DI SAMPAIKAN OLEH BEKAS KETUA POLIS NEGARA TUN HANIF OMAR

AKU RASA DAH TIBA MASANYA TUN DEDAHKAN MAKLUMAT AWAL TU KEPADA UMUM SUPAYA RIWAYAT POLITIK SI ANWAR BREHIM NI MAMPOS UNTUK SELAMANYA..


begCD..

betul ler ko ckp..

si ahads ngan antu loqlaq dah mai..mmg sah ler depa nie kekasih awal & akhir Al Jubo tu.. Laughing Laughing

tak leh renggang langsung..

Laughing Laughing
Back to top
View user's profile Send private message
serling
War Council
War Council


Joined: Jun 07, 2004
Posts: 4725

PostPosted: Sun Jan 20, 2008 8:16 am    Post subject: Reply with quote

azrine wrote:
begCD wrote:
NANTI ADA LAA PNJILAT JUBUR ANWAR REPLY SURUH TUNJUK BUKTI...

AKU RASA KALAU TUN NAK BETUL-BETUL BUAT ANWAR BREHIM MALU BESAR... DENGAN SENANG AJE TUN BOLEH DEDAHKAN BUKTI YANG PADA AWALNYA DI SAMPAIKAN OLEH BEKAS KETUA POLIS NEGARA TUN HANIF OMAR

AKU RASA DAH TIBA MASANYA TUN DEDAHKAN MAKLUMAT AWAL TU KEPADA UMUM SUPAYA RIWAYAT POLITIK SI ANWAR BREHIM NI MAMPOS UNTUK SELAMANYA..


begCD..

betul ler ko ckp..

si ahads ngan antu loqlaq dah mai..mmg sah ler depa nie kekasih awal & akhir Al Jubo tu.. Laughing Laughing

tak leh renggang langsung..

Laughing Laughing

Sikit benar bilangan mereka
Bagai si anwar yang terpuja
Kurang 10 jari bilangan ada
Kepada Tun marah membara

The Star sengaja buat durja
Bagai lakonan buat sengaja
Sesi bergambar dipasti ada
Nyata The Star ada agenda

Hal yang sama kita jumpa
Muka forumer gedebee ada
Demi anwar teramat dipuja
Buruk lakunya enggan caya

Setelah ikuti tulisan kemuka
The Star dan mereka serupa
ahads, loqlaq segera menerpa
Jika negative si anwar terjaja

Mohan dan enamjahanam juga
Dan nickname lain muncul pula
Gaya tulisan tidak jauh berbeza
Anwar bagai maksum layaknya

Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Forum MYKmu Dot Net Forum Index -> Politik Malaysia All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2, 3, 4, 5  Next
Page 1 of 5

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group